
From Jetty Next to Awana Resort Facing to Kuah Town

From Jetty Next to Awana Resort Facing to Kuah Town

Next to Langkawi Airport Runway

Next to Langkawi Airport Runway
Gambar kilat ni diambil pada awal tahun hari tu... Gambar kilat ni semua diambil sekitar Langkawi. Actually memang seronok ambik gambar kilat ni. Memang thrill, once dapat gambar yang kita nak semestinya terasa keseronokannya.
Macam mana kami ambil gambar ni....
Mula-mula sekali, tripod mesti ada semasa aktiviti ambik gambar kilat. Tripod bermacam-macam ada dipasaran. Obviously the more expensive the price is, the more good quality and sturdiness you will get. With tripod mount to camera, we can prevent from any movement that can cause your photo blur. Especially during the long exposure time.
Kamera yang digunakan disini ialah Nikon D80. Dengan kamera DSLR, ada fungsi BULB mode untuk dedahan cahaya yang lama. Selalunya kalau ikut kamera default, shutter delay adalah selama 30 saat sahaja. Dalam kes ini, lagi lama dedahan berlaku, lagi tinggi peluang untuk mendapatkan gambar-gambar kilat.
IR Remote digunakan untuk release shutter tanpa perlu menyentuh badan kamera tersebut. Kadangkala semasa kita melepaskan shutter boleh berlaku gegaran dan boleh menyebabkan gambar jadi kabur sedikit.
Lensa yang digunakan pula ialah 18-135mm dan set kepada manual mode (AF Mode off) dan infinity. Untuk memudahkan kerja-kerja focusing dilakukan. 18mm sudah cukup wide untuk ambil gambar-gambar panoramic.
Untuk bukaan aperture pulak, seelok-eloknya guna diantara f5.6 - f11. Lebih dari f11, kamera memerlukan dedahan cahaya yang lebih lama untuk cahaya masuk. Kemungkinan untuk gambar kurang dedahan (under exposed) boleh berlaku disini. Kalau guna aperture kurang dari f5.6 pula, kemungkinan over exposed akan berlaku. Terutamanya disekitar kilat akan kelihatan terlalu putih (blown). Tapi itu asas sahaja, kadangkala aperture dalam range f5.6 - f11 masih lagi boleh berlaku over exposed atau under exposed.
Keselamatan merupakan perkara paling utama sekali dalam aktiviti ini. Selalu cari tempat perlindungan atau ambil gambar jauh dari tempat kilat. Kita tidak tahu macam mana sifat kilat dan tidak tahu bila kilat akan keluar. Cuma kita boleh mengjangkakan sahaja. Belum tentu jangkaan kita akan tepat. Dalam kes ni, kami berlindung dalam kereta dan tinggalkan kamera diluar.
Itulah serba-sedikit perkara asas untuk mengambil gambar-gambar kilat. Rajin-rajin google untuk mencari info lebih. Sebenarnya memang tak susah nak ambil gambar kilat ni, tapi kadangkala ia bergantung kepada nasib juga. Tapi bila dapat gambar yang kita hajatkan, memang puas hati rasanya...
Apa pun selamat mencuba kepada mereka yang berminat. Pastikan keselamatan diutamakan terlebih dahulu.
_____________________________________________________________________
FendiNadia PhotographyFendi Ria - 012 407 8544Nadiana - 012 409 8544Email - fendinadia@gmail.comSkype me - fendyria | ym id - fendy_ria _____________________________________________________________________